Takaful, walaupun dengan sejarahnya yang panjang di Malaysia dan serata dunia, sering disalah-ertikan oleh orang ramai sebab sebahagian besar kaitannya dengan agama. Sebagai seorang rakyat Malaysia, besar kemungkinan anda tahu tentang kewujudannya, tetapi anda memilih insurans konvensional kerana anda kurang memahami konsep Takaful.
Salah Tanggapan 1: Takaful hanya untuk orang Islam
Ramai orang bukan Islam sering beranggapan bahawa Takaful hanya untuk orang Islam. Sebenarnya institusi kewangan Islam tidak pernah mengenepikan sesiapa pun meskipun fahaman mereka berbeza-beza. Sebab utama terdapatnya tanggapan salah ini sangat jelas kerana nama Takaful itu sendiri. Untuk betul-betul memahami kenapa Takaful ini lain daripada insurans konvensional, anda perlu memahami asal-usulnya.
Konsep Takaful bermula sebelum kewujudan agama Islam apabila saudagar-saudagar Arab mengenepikan sejumlah wang mereka bagi melindungi sesama mereka daripada risiko-risiko semasa pelayaran.. Pada hari ini, sistem ini telah berkembang mengikut prinsip-prinsip moral sehingga menjadi alat kewangan disamping insurans konvensional. Perbezaan utamanya adalah penggunaan prinsip-prinsip Islam bagi mengelakkan ketidakpastian (gharar), perjudian (maysir) dan riba dalam kontrak serta portfolio pelaburannya. Dalam erti kata lain, fungsinya sama seperti insurans konvensional yang memberikan perlindungan kewangan, tetapi lebih kepada alternatif sosial yang prihatin berdasarkan asal-usul dan unsur-unsur moralnya.
Salah Tanggapan 2 : Objektif Takaful berbeza daripada insurans konvensional
Satu tanggapan umum Takaful di kalangan rakyat Malaysia adalah ia tewas kepada insurans konvensional dalam melindungi kepentingan anda disebabkan objektifnya yang berbeza dan tidak dikawal oleh badan-badan yang sama. Sebenarnya, tujuan Takaful adalah sama seperti insurans konvensional - untuk melindungi anda! Cuma yang membezakannya ialah dari segi konsep. Sama seperti insurans konvensional, anda membayar premium untuk menguruskan risiko anda sekiranya anda dilanda malapetaka yang tidak dijangka. Takaful wujud bukan untuk keuntungan, tetapi lebih bersifat sebagai tabung derma (tabaruq) untuk memberi perlindungan antara satu sama lain di kalangan ahli-ahlinya sebagai objektif utama.
Dari segi pengawalan, Takaful mungkin mempunyai kawalan yang lebih ketat berbanding insurans konvensional, apatah lagi di Malaysia! Di Malaysia, Takaful dikawal selia melalui Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 yang diperkenalkan khusus untuk mengembangkan dan mentadbir industri ini. Sudah tentu akta ini diselia oleh Bank Negara Malaysia, di mana Gabenor Bank dipertanggungjawabkan untuk kawal selia yang lebih berkesan. Satu perkara yang perlu diambilkira, khususnya Takaful di Malaysia, adalah kecemerlangannya dalam khidmat penaja jaminan di peringkat antarabangsa, di mana pulangan adalah lebih baik serta sistem kewangannya yang stabil dan cekap.
Salah Tanggapan 3 : Takaful mengandungi unsur-unsur yang tidak beretika kerana sifat keagamaannya
Oleh kerana Takaful bersifat warak, ramai orang yang cenderung untuk menyalah anggap bahawa Takaful tidak melindungi kepentingan seseorang sebaik polisi insurans konvensional. Malah, pengendali-pengendali Takaful turut dihadkan oleh fakta yang mana mereka tidak dibenarkan untuk berurusan dengan mana-mana pelaburan yang mengandungi unsur-unsur riba, perjudian atau ketidakpastian, dan objektif utama ahli adalah bantuan antara satu sama lain dan tidak membawa keuntungan. Meskipun begitu, dana Takaful itu sendiri tidak bererti ianya tidak membuahkan hasil atau pun menanggung risiko yang lebih tinggi untuk jumlah tertentu.
Ada juga yang berfikiran bahawa Takaful memihak kepada kumpulan tertentu dan tidak mementingkan orang bukan Islam, tetapi tanggapan tersebut adalah salah sama sekali! Sebenarnya, terdapat peraturan-peraturan dalam Takaful yang menghalang layanan istimewa berdasarkan fahaman atau agama. Selain itu, salah satu objektif industri Takaful di seluruh dunia adalah untuk menggalakkan orang bukan Islam mengenali apakah itu kebaikan Takaful. Untuk mencapai matlamat ini, badan-badan penyeliaan Takaful sedang meneroka pelbagai inisiatif untuk meningkatkan penyertaan dan pengetahuan orang-orang bukan Islam tentang Takaful.
Kesimpulan
Selama ini, Takaful telah berkembang pesat menjadi alat kewangan yang halus dengan pertumbuhan tahunan sebanyak berbilion dollar. Dengan kestabilan dan unsur-unsur sosialnya yang prihatin, makin ramai orang sama ada Islam atau sebaliknya, meneroka Takaful sebagai satu instrumen kewangan untuk melengkapkan portfolio dan pengurusan risiko mereka. Bagi umat Islam tiada alasan sebenarnya bagi mereka untuk tidak memilih Takaful berbanding insurans kerana ianya adalah menjadi kewajipan dan bagi orang bukan Islam, anda sebenarnya juga boleh dan sangat dialu-alukan untuk memilih Takaful. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Takaful, anda boleh melayari http://www.malaysiantakaful.com.my

Comments
Post a Comment