Persembahan Raya JPPP BSN Kedah/Perlis




Pada 16 Julai 2017 (Sabtu) bersamaan 22 Syawal 1438 Hijrah, Bank Simpanan Nasional (BSN) Kedah/Perlis telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bertempat di perkarangan Cawangan Utama Negeri Kedah, Jalan Sultanah Badlishah Alor Setar. Majlis bermula pada pukul 12 tengahari hingga 5.30 petang dan dipecahkan kepada 2 slot iaitu slot pertama khas untuk pelanggan-pelanggan individu dan korporat pada pukul 12 tengahari hingga 2 petang dan disusuli slot untuk kakitangan serta keluarga bermula pada 2 petang hingga 5.30 petang.

Antara acara yang mencuri perhatian adalah pertandingan persembahan antara kakitangan di setiap Jabatan BSN. Maka dengan itu Jabatan Pembiayaan dan Pembangunan Perniagaan (JPPP) terpaksalah menghantar wakilnya dan seperti sudah diduga pendatang baru (junior) termasuklah aku telah dipaksa untuk buat persembahan.  

Kami menerima cabaran tersebut dan memilih untuk membuat persembahan akustik lagu medley Suasana Hari Raya + Aisyah. Aku ditugaskan sebagai guitaris sebab aku sorang sahaja yang reti main gitar. Itu pon dah bertahun dah tinggal sebab sibuk dengan kerja. 

Pada hari tersebut giliran Jabatan kami yang ke-12 dari keseluruhannya 14 Jabatan. Alhamdulillah, persembahan lancar cuma ada la sikit-sikit kesilapan. Normal la tu untuk tahap kami yang amateur ni dan yang istimewanya kami menang tempat ke-3.










Comments